Malaysia Dateline

MP Masjid Tanah kini ahli Bersatu

Bekas ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin secara rasminya diterima sebagai ahli Bersatu.

Ketua Srikandi Bersatu Rina Harun berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh Setiausaha Agung Marzuki Yahya.

Anggota parlimen Masjid Tanah mengumumkan permohonannya pada 13 Disember lalu atas alasan demi kepentingan pengundi kawasannya.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah kehangatan isu pertemuan pemimpin kanan Umno dengan Mahathir dan penyertaan hampir semua pemimpin Umno Sabah ke dalam Bersatu sehari sebelumnya.

Mas Ermieyati antara anggota parlimen pertama yang keluar Umno pada 1 Julai lalu untuk menjadi wakil bebas, lapor Malaysiakini.