MP Merbok buat laporan polis, team Ahmad Bashah bertelagah sesama sendiri?

MP Merbok buat laporan polis, team Ahmad Bashah bertelagah sesama sendiri?

Satu laporan polis telah dibuat membabitkan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain kerana didakwa memfitnah timbalannya dalam satu program bersama ketua-ketua cawangan bahagian itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dr Ismail Daut (kiri) dan Datuk Tajul UrusSatu laporan polis telah dibuat membabitkan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain kerana didakwa memfitnah timbalannya dalam satu program bersama ketua-ketua cawangan bahagian itu.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok Prof Dr Ismail Daut  membuat laporan polis  kerana  berasa terancam dan difitnah oleh Tajul Urus.

Tajul Urus yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah didakwa memfitnah Dr Ismail ketika berucap di hadapan ketua cawangan dalam satu program yang diadakan di Sungai Petani, 12 Februari lalu.

Ismail  mendakwa ketika  berada di Pekan Merbuk beliau menerima maklumat daripada beberapa individu yang merujuk kepada ucapan  Ketua Bahagian Merbok yang mempertikaikan kewibawaannya sebagai Ahli Parlimen Merbok.

Menurut sumber Malaysia Dateline, Tajul Urus yang juga Adun Tanjong Dawai, dalam ucapannya dihadapan ketua-ketua cawangan telah mempertikaikan kewibawaan Dr Ismail yang didakwa tidak melaksanakan tugas sebagai  ahli parlimen.

Tajul Urus juga dalam ucapannya itu mendakwa wujud penyelewengan dalam peruntukkan diberikan kepada seorang ahli parlimen.

Dalam laporan polisnya, Dr Ismail menyebut: “Oleh sebab itu saya selaku Ahli Parlimen merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok membuat laporan pembelaan ke atas diri saya bagi mengelakkan terjadinya sesuatu perkara yang tidak saya ingini nanti,” ujar sumber memetik laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis  Daerah Merbok.

Tajul  Urus dan Dr Ismail ialah penyokong kepada team Ahmad Bashah   dalam krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah  yang melanda negeri jelapang padi itu baru-baru ini.

Sumber  memberitahu, dalam ucapannya Tajul  Urus  membayangkan  Umno Bahagian Merbok  akan berhadapan dengan kekalahan dengan tindak-tanduk Dr Ismail selama  ini.

Melihat kepada senario semasa berlaku di Kedah sejak Ahmad Bashah dilantik Menteri Besar pada 4 Februari lalu,  dimaklumkan sudah nampak tentangan dalaman di kalangan ketua-ketua cawangan Umno di setiap bahagian.

Majlis Ketua Bahagian Umno Merbok bersama Ketua Cawangan.Bukan sahaja protes dizahirkan dengan memasang bendera BN terbalik malah beberapa program membabitkan ketua-ketua bahagian kurang mendapat sambutan di kalangan ketua-ketua cawangan dan ahli akar umbi parti.

Manakala beberapa ketua cawangan turut bersekongkol dengan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) untuk bersama mengerakkan protes terhadap krisis berlaku.

“Zaman  Mukhriz jadi MB dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah tak ada pun benda la ni. Tak sempat beberapa hari Mat Bashah jadi MB dan Pengerusi Badan Perhubungan Kedah timbul dah budaya ni.

“Depa ni dulu satu team masa nak mengguling Mukhriz, tiba-tiba jadi lagu ni. Bahagian mana pula lepas ni.

“Lihat sahaja  gambar (yang di whatsapss kepada Malaysia Dateline) program ketua bahagian yang hadir tidak ramai walaupun  setiap ketua cawangan diminta bawa 10 orang, kerusi masih lagi banyak yang kosong ketika Tajul berucap di Sungai Petani Inn,” ujar sumber.

TAGS