Malaysia Dateline

MP Muar tidak sangka idea jual kurta cecah RM100,000

Ahli Parlimen Muar tidak menyangka idea menjual baju raya iaitu Kurta mendapat sambutan yang sangat baik apabila jualannya mencecah RM100,000.

Menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini merupakan kali pertama beliau menjual baju dan memberi peluang kepada semua penyumbang bagi meraih dana Parlimen Muar.

“Saya memang tak sangka idea unutk raih dana Parlimen Muar kali ini mendapat sambutan yang sangat baik,” kata beliau.

Hasil keuntungan dari bahagian beliau akan digunakan sepenuhnya untuk rakyat di kawasan Muar.

Beliau berterima kasih kepada pusat jualan atas talian Shoppe kerana telah membantu sediakan platform jualan yang sangat baik dan mudah digunakan.

“Apabila Shopee jemput saya ke Shopee Live pada 5.5 memang jumlah jualan meningkat 2 hingga 3 kali ganda.

“Ada yang tanya, “YB, saya risau kalau beli sekarang, dapat selepas raya”.

“Jangan risau, kamu masih ada masa hari ini dan esok untuk buat pembelian. Rakan penghantaran telah beri komitmen untuk penghantaran sampai sebelum raya,” katanya.