MP Parit Buntar agih makanan kepada barisan hadapan negara

MP Parit Buntar agih makanan kepada barisan hadapan negara

Tempoh getir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa turun padang menyampaikan sumbangan makanan kepada barisan hadapan negara yang berusaha membendung penularan wabak coronavirus (Covid-19).

Naib Presiden AMANAH Nasional itu sempat singgah di Balai Polis Parit Buntar, Simpang Lima, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.

“InsyaAllah bekalan makanan ini akan dilanjutkan sepanjang tempoh PKP ini,” katanya.

Kakitangan Kementerian Kesihatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Parit Buntar juga tidak dilupakan.

Mereka menyatakan rasa gembira dan bersyukur menerima sumbangan makanan tengahari daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Bantuan menerusi Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar tersebut turut disampaikan kepada penduduk tempatan yang sangat memerlukan sepanjang tempoh berada di rumah ini.

Sejak kelmarin, difahamkan pusat khidmat itu menyediakan sarapan kepada semua petugas barisan hadapan.

Empat balai polis menerima sumbangan makanan daripada Mujahid.

 

Sumbangan makanan bagi menghargai sumbangan barisan hadapan negara.