MP Parit Buntar tidak ‘hilang’

MP Parit Buntar tidak ‘hilang’

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tampil menjawab fitnah kononnya beliau 'hilang' dan tidak turun padang ketika hujan lebat semalam.

Menurutnya, dakwaan tersebut termasuk penyebaran gambar yang jelas berniat buruk memandangkan kira-kira enam jam beliau berada di sekitar lokasi banjir kilat itu sehingga tengah malam.

Sehubungan itu, Naib Presiden AMANAH berkenaan mendesak pihak yang berniat jahat terbabit menarik balik fitnah yang ditabur dengan meneliti maklumat log pergerakan beliau seperti berikut:

6.30 petang – Mengumpul maklumat awal.

9.00 malam – Turun ke Simpang 3 sekolah Cina ke Bandar Bharu-Pekan Baru.

9.30 malam – Kawal trafik elak kereta terkandas bersama Pemuda dan beberapa orang di situ.

11.30 malam – Pekan Parit Buntar kawasan AM Bank tinjau keadaan jumpa Haji Sani Kemboja dan isteri.

12.01 tengah malam – Tinjau Taman Damai dan Setia Utama belakang Mydin. Sudah lewat kebanyakan penduduk berada dalam rumah.

12.30 tengah malam – Balik ke rumah.

Dalam hal berkaitan, Dr Mujahid menyatakan penghargaannya kepada mereka yang turut membantu mengawal lalu lintas di sekitar bandar Parit Buntar serta aktivis alam sekitar.

“Terima kasih tidak terhingga pada sukarelawan dan Pemuda kawasan sekitaran yang membantu kawal trafik di tempat saya bertugas semalam.

“Saya yakin kita semua membantu tanpa perlu dijulang nama demi Parit Buntar tercinta. Maaf, saya tak sempat ‘berselfie’ atau posing semasa bertugas.

“Terima kasih kepada Saudara Meor Razak dari Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan NGO lain kerana bersama kami dalam perjuangan alam sekitar khususnya di Kerian,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

{loadposition myposition}

Bangkit di Parlimen 

Hujan lebat kira kira empat jam semalam menyaksikan deretan kedai di pusat bandar Parit Buntar turut dinaiki air

Hujan lebat kira kira empat jam semalam menyaksikan deretan kedai di pusat bandar Parit Buntar turut dinaiki air.

Dr Mujahid turut memberitahu isu kawasan tadahan hujan dengan ancaman terhadap takungan di Bukit Merah akibat pembalakan di Pondok Tanjung dan pada masa sama penerokaan kawasan untuk ternakan kambing Boer di bawah projek Kementerian Asas Tani antara hal dibangkitkannya di Parlimen.

Dalam isu banjir dan alam sekitar, beliau juga mengetengahkan isu pencerobohan hutan api-api Bagan Tiang dengan melaksanakan program tanam semula dan melarang pencerobohan berterusan pengusaha ternakan udang.

Jelasnya, hal tersebut bertujuan bagi mengimbangi aktiviti akuakultur dengan kelestarian kawasan tadahan dalam menghalang impak air pasang.

Selain itu, jelasnya, usaha mendalamkan perparitan sedia ada dan pembersihan sampah yang tersangkut turut diberi penekanan sejak 2008 dengan sebahagiannya telah diambil tindakan oleh Majlis Daerah Kerian (MDK).

Menurutnya, penekanannya di sidang Dewan Rakyat berkaitan pengurusan alam sekitar agar diselaraskan antara kerajaan pusat dan negeri bagi mengelakkan pertindihan juga boleh dirujuk pada ucapan beliau di Parlimen.

“Jangan memihak kepada pemaju dengan merugikan alam sekitar. Pendekatan holistik sentiasa saya tekankan dalam dasar pemanasan global dan pengurusan alam sekitar,” ujarnya lagi.

CATEGORIES
TAGS