Malaysia Dateline

MP PH buat pre counsil sebelum sidang Parlimen

Sebelum sidang Parlimen bermula jam 10 pagi ini, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah berkumpul dan bermesyuarat di bangunan Parlimen.

Mesyuarat awal tersebut dihadiri semua ahli-ahli pembangkang.

Mesyuarat tersebut dilihat dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pre counsil MP PH sebelum sidang parlimen berlangsung

Terdahulu, persidangan khas ini diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar Parlimen bersidang segera.

Bagaimanapun, sidang selama lima hari bermula hari ini hanyalah melibatkan sesi penerangan dari menteri-menteri tanpa melibatkan sebarang perbahasan dalam urusan majlis.

Sidang pagi ini juga akan dimulakan dengan pembentangan Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Pada semalam, PH membantah tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang menolak lima usul pembangkang, antaranya usul berkaitan Proklamasi Darurat untuk dibahas dan diluluskan di parlimen.

Jawatankuasa Perundangan PH berkata Azhar telah secara salah menggunakan Peraturan Mesyuarat 11(3) yang membolehkan perdana menteri menetapkan urusan-urusan bagi sidang khas ini.