MP Selayang sedia serah kerusi kepada Anwar

Oleh MALAYSIADATELINE

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata, beliau akan melepaskan kerusi parlimennya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Presiden PKR yang diumumkan menang tanpa bertanding itu meminta beliau berbuat demikian.

Leong dalam kenyataanya hari ini dipetik berkata, yang juga bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti PKR, berkata beliau yakin 51 ahli parlimen dari parti itu akan bersetuju untuk melakukan perkara yang sama.

“Jika Anwar bertanya, saya fikir semua 51 Ahli Parlimen di sini akan memberi laluan kepadanya. Setakat ini, belum ada perbincangan dan saya tidak tahu bagaimana khabar angin itu tersebar.

“Tetapi ya, jika pemimpin tertinggi mengatakan mereka telah mengenal pasti kerusi dan mereka datang untuk bercakap dengan saya, saya akan memberikannya. Saya tidak mempunyai masalah dalam berbuat demikian, “katanya.

Bagaimanapun, katanya, ini tidak bermakna beliau tidak menghormati pengundi yang telah memilihnya pada 9 Mei, tetapi menegaskan bahawa mandat itu pada dasarnya diberikan kepada PKR, tanpa mengira siapa wakilnya.

“Kita semua bertanding di bawah bendera PKR yang sama.

“Ini bukan permainan. Kita semua tahu Anwar telah menjadi mangsa politik, jadi mengapa kita tidak memberi peluang kepadanya? “soalnya.

Gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) telah mencapai persetujuan bahawa Anwar akan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Walau bagaimanapun, untuk menjadi ahli kabinet Anwar perlu menjawat sebagai Ahli Parlimen.