MP Shah Alam akan biaya kos khemah peniaga dipukul ribut

Oleh ARIF ATAN

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan membiayai kos khemah peniaga di Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 yang rosak dipukul ribut semalam.

Pengarah Komunikasi AMANAH itu berkata demikian selepas meninjau keadaan para peniaga terbabit di tapak niaga masjid tersebut.

“Usai bersiaran di Studio Jom Channel, saya bergegas ke tapak niaga Masjid Al Hidayah Seksyen 18 Shah Alam untuk bertemu dengan para peniaga yang terkesan akibat ribut petang tadi.

“Insya-Allah pihak Parlimen akan membiayai kos khemah yang rosak agar peniaga dapat meniaga secepat mungkin,” katanya dalam ciapan di Twitter.

LANJUT MENYUSUL