MP Shah Alam setuju jadi moderator debat Mahathir-Nazri

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju untuk menjadi moderator debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Mohamad Nazri Aziz.

“Dia (Nazri) jumpa saya selepas membuat pengumuman di sidang media itu dan meminta saya menjadi moderator debat itu.

“Dia kata, debat ini akan berlangsung di Shah Alam jadi apa salahnya ahli parlimen Shah Alam menjadi moderatornya.

“Lagipun, dia kata dia tak mahu ahli akademik jadi moderatator, dia nak ahli politik juga,” kata Khalid kepada Malaysia Dateline.

Nazri semalam mencadangkan debat antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad dilangsungkan di pejabat Sinar Harian di Shah Alam pada 7 April depan.

Nazri berkata, pihak Karangkraf sedang dalam proses menghubungi bekas perdana menteri berkaitan cadangannya itu, sekali gus memaklumkan kepada polis.

Sementara itu, Nazri juga Khalid yang juga Pengarah Komunikasi parti Amanah Negara (Amanah) untuk menjadi pemudah cara debat itu.

Beliau percaya Khalid akan dapat memastikan kelancaran acara itu walaupun mereka berlainan fahaman politik.

Mahathir semalam berkata Nazri mempunyai masa sehingga tengah hari esok (hari ini) untuk mengatur debat bersama beliau.

Debat yang dinanti-nantikan banyak pihak itu dijadualkan berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Sabtu ini.

Namun Polis Perak tidak membenarkan debat itu diteruskan atas faktor keselamatan.

Nazri pula sebelum ini bertegas mahu debat itu diteruskan di tempat itu, Sabtu ini kerana Malaysia bukan ‘negara polis’.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Husamuddin Yaacob mengesahkan debat itu akan diadakan di pejabat Karangkraf yang terletak di Shah Alam 7 April ini.

Ia dipindahkan ke situ selepas Polis Perak menolak debat itu diadakan di MRSM Taiping.

COMMENTS

Wordpress (0)