Malaysia Dateline

MP Warisan tandatangan SD sokong Anwar

Ahli Parlimen Warisan, Abdul Azis Jamman mendatangani surat akuan kepada Yang Dipertuan Agong dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Kami telah melaksanakan janji kami dan Warisan telah menandatangani SD menyokong DSAI untuk memastikan blok 105 pembangkang kukuh.

“Bola sekarang di kaki DSAI untuk mempastikan ia dilaksanakan,” tulis ahli Parlimen Sepanggar dari Warisan itu ketika berkicau di Twitter beliau.

Semalam Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semua MP partinya akan memberikan sokongan penuh kepada Anwar jika beliau mendapat jumlah sokongan yang cukup untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Jika Anwar tidak berjaya mendapat sokongan yang cukup, Shafie pula akan diberikan sokongan oleh 105 ahli parlimen pembangkang untuk mendapatkan sokongan majoriti di dalam Dewan Rakyat.