
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan mengantikan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan geran RM100 juta khusus bagi negeri dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.
Ia dijangka akan memberikan manfaat kepada 10,000 buah kampung dariada 16,481 kampung seluruh negeri.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun berkata, dalam mesyuarat kabinet har ini jemaah menteri telah sebulat suara untuk menetapkan semula kadar alaun anggota MPKK yang akan dilantik kelak.
Dalam kadar baharu itu alaun bagi Pengerusi sebanyak RM500; Setiausaha RM300; Pengurusan Mesyuarat Rm100 setiap kali bermesyuarat dan alaun kehadiran Mesyuarat sebanyak RM50 setiap kali mesyuarat.
Rina turut menegaskan kementerian akan menimbang secara terperinci mengenai geran yang akan diserahkan kepada lima negeri pembangkang (Kelantan, Perlis Pahang, Terengganu dan Sarawak) melalui perbincangan bersama dalam mesyuarat kabinet persekutuan yang akan dimaklumkan kemudian.
Katanya lagi MPKK akan diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan segala keputusan mengenai pelantikan baharu anggota jawatankuasa di bawah MPKK akan diputuskan oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun Tatacara Pengurusan MPKK akan ditetapkan oleh kementerian dan dasar kerajaan persekutuan akan dikuatkuasakan dari masa ke semasa.
Ini kerana ujarnya, Kerajaan Negeri lebih hampir dan memahami kehendak masyarakat kampung di negeri masing-masing justeru kementerian tidak mengambil tanggungjawab untuk menentukan barisan jawatankuasa baharu yang akan dilantik di bawah MPKK.
“Oleh itu kuasa dan urusan dikekalkan di peringkat kerajaan negeri dan pentadbiran di bawahnya,” ujarnya dalam sidang media diadakan di ibu pejabat kementerian di Putrajaya hari ini.
Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, di bawah MPPK kementerian turut bersetuju memberikan peluang kepada golongan wanita sekurang-kurangnya 30 peratus untuk menyumbangkan tenaga, idea dan kemahiran mereka dalam membangunkan kampung dan komuniti mereka.
Kementerian juga telah mewujudkan 11 biro baharu berbanding 13 sebelum ini di bawah kerajaan BN terdahulu.
Selain itu kementerian juga akan terus mengekalkan peranan Institut Kemajuan Desa (INFRA) untuk terus melaksanakan latihan kepimpinan dan urus tadbir desa kepada anggota MPPK.
“Tapi kali ini ia lebih melahirkan anggota MPPK ang lebih profesional,berinformasi dan berkemahiran di dalam melaksanakan tadbir urus organisasi dan masyarakat kampung,” ujarnya.
JKKK anttara empat agensi di bawah kerajaan BN yang telah dibubarkan oleh kerajaan PH selepas menang Pilihan Raya Umum ke -14 pada Mei lalu. Turut dibubarkan Jawantankuas Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Pemandu, Majlis Profesor Negara (MPN) dan JASA.
“