Malaysia Dateline

MPKKP: Kerajaan Pas patut muhasabah diri dan bertimbang rasa

ULASAN: Pengumuman MPKKP yang akan di laksanakan mulai 1hb Januari 2020 telah di sambut baik oleh penyokong PH di Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis dan Serawak.

Keputusan untuk menubuhkan MPKKP- (Persekutuan) selepas hampir setahun setengah MPKK (yang asal oleh kerajaan Negeri dan Pusat) bersama di laksanakan adalah hasil rungutan dan kegagalan MPKK memberi manafaat kepada semua rakyat, dengan baik dan adil seperti di harapkan dan di hajatkan.

Setahun setengah adalah tempoh yang agak lama untuk membuat penilaian prestasi MPKK memandangkan PH hanya mempunyai 5 tahun untuk membuktikan kejayaan mentadbir Negara dengan baik. Majlis Presiden PH dan Kabinet telah membuat penilaian yang tepat dan bijak setelah mengambil kira pandangan akar umbi di bawah . Kerajaan PH telah memberi masa begitu lama tetapi MPKK telah di salah gunakan olih kerajaan negeri PAS dengan membolot kemudahan untuk orang mereka sahaja.

Reaksi Menteri Besar Terengganu yang mengatakan penubuhan MPKKP adalah langkah kebelakang adalah tidak tepat kerana ianya adalah langkah positif yang perlu di ambil memandangkan sistem sebelum itu adalah tidak adil dan tidak mencapai matlamat keadilan membantu seluruh masyarakat negeri-negeri berkenaan.

Cara perlaksanaan sistem MPKK asal tidak memberi keadilan apabila penyokong kerajaan negeri sahaja mengaut sebahagian besar manafaat sementara yang lain hanya berputeh mata .

Di Terengganu akibatnya amat parah kerana hampir 85% ekonomi tempatan bergantung kepada sektor kerajaan dan pihak swasta amat kecil dan lemah kecuali di Kemaman di kawasan pengeluaran minyak dan gas.

Kerajaan PH telah membentuk MPKK yang asal yang jauh lebih baik dan adil dari apa yang di amalkan olih BN- Umno dahulu tetapi malangnya kerajaan negeri Pas hanya tahu mengambil menafaat untuk diri sendiri tampa bertimbang rasa umumnya rakyat lain perlu juga pembelaan dan mencari rezeki sesuap nasi.

Walaupun pemimpin Pas dan PH kelihatan ziarah menziarahi pejabat sesama mereka, penyokong PH kami menderita di kampong dan bandar mereka. Walaupun perbelanjaan peruntukan projek persekutuan di beri dengan baik tetapi penyokong PH terus di sisih.

Kemudahan awam seperti balai raya tidak boleh di pakai, ustaz penyokong PH di tamatkan khidmat kuliah yang bertahun mereka mengajar dan berbagai lagi rintangan bantuan kebajikan tidak kesampaian sementara kami membenarkan Ustaz Pas memasuki dan menggunakan Universiti dan sekolah tempatan tanpa halangan.

Kontrak-kontrak kerja negeri juga di dominasi oleh penyokong kerajaan negeri Pas sahaja tetapi peruntukan Kementerian pusat boleh sahaja di miliki penyokong Pas. Seolah-olah penyokong PH tidak mempunyai keluarga anak dan bini untuk di beri makan. Ini adalah hanya sebahagian kecil rungutan dari bawah.

Saya minta pihak kerajaan negeri Terengganu merenung adakah adil apabila kerajaan PH mengambil sikap terbuka dan adil dengan juga memberi wang royalti minyak secara terus, mereka hanya tahu menerima tanpa cuba memberi pertimbangan yang adil kepada penyokong PH.

Adakah hubungan satu hala cara orang Islam hidup bermasyarakat yang di tuntut agama kita ? Sikap kerajaan Pas negeri adalah seolah olah – “kepunyaan awak adalah kepunyaan saya juga, kepunyaan saya adalah kepunyaan saya sahaja ”

Sama jugalah apabila Presiden Umno, sahabat akrab Pas, meminta dua bekas Mentri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif di beri tempat dalam kerajaan negeri bagi membantu tadbir negeri, Pas tidak bersedia berbuat demikian. PAS tidak bersedia berkongsi hasil kekayaan negara dan juga kuasa dengan sesiapa pun. Ini jauh dari konsep Rahmatan lil alamin -Rahmat untuk Semua, yang di tuntut oleh Islam.

Kerajaan pusat terpaksa menubuhkan MPKKP selepas setahun setengah penilaian bagi membela penyokong kami setelah mereka di pinggir dan di sisih. Kerajaan Terengganu tidak mungkin tidak mengetahui apa yang berlaku di kalangan rakyat di bawah.

Kerajaan pusat PH telah memberi ruang seluas-luasnya untuk melaksanakan sistem yang terbuka terhadap kerajaan negeri Terengganu seperti di janjikan. Tetapi sudah sampai masanya kami membela juga penyokong kami dan rakyat umum lain yang telah lama di pinggir dan di sisih kerana mereka juga rakyat Terengganu dan Malaysia yang perlu pembelaan perkongsiaan hasil bumi bagi menikmati kesejahteraan bersama Negara. .

*Penulis adalah Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu