MPN perlu dikekalkan, sedia  distrukturkan semula, kata CEO MPN

MPN perlu dikekalkan, sedia distrukturkan semula, kata CEO MPN

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta mengkaji semula penubuhan Majlis Profesor Negara (MPN) dan tidak dimansuhkan sebaliknya perlu distrukturkan semula.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose ketika dihubungi Malaysia Dateline berkata, MPN menghormati keputusan kabinet untuk memansuhkan MPN atas alasan tertentu termasuk mengurangkan perbelanjaan operasi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bagaimanapun katanya,sejak penubuhan MPN lapan tahun lalu, majlis itu banyak berfungsi  memberikan sumbangan kepada
ilmuwan dan kepakaran yang terbaik kepada negara.

“Kita mahu kerajaan Pakatan Harapan mengkaji semula pembubaran MPN kerana kita merupakan skretariat bagi kumpulan akademik
untuk memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat,” ujarnya ketika ditanya mengenai pembubaran mjalis itu hari ini, menerusi aplikasi whatapps kerana beliau sedang menunaikan umrah di Mekah.

Sejak ditubuhkan pada 1 April 2010 MPN kini mempunyai 3,000 ahli dan 3,400 Profesor Madya sebagai ahli bersekutu kepada
majlis tersebut.

MPN menyediakan perkhidmatan kepakaran melalui penubuhan 14 buah Kluster yang diwujudkan disamping 20 ‘chapter’ di
Universiti Awam.

Dengan kumpulan itu katanya lagi, MPN mengharapkan pihak kerajaan dapat berjiwa besar dan melihat semula keputusan itu demi kebaikan negara.

Barisan lantikan jawatankuasa MPN ketika penubuhannya pada 2010 bersama bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ditanya dakwaan MPN tidak memainkan peranan sepatutnya ditubuhkan sebaliknya lebih memihak kepada kerajaan pemerintah terdahulu, beliau tidak menafikan perkara tersebut berlaku.

“MPN mengambil maklum tentang terdapatnya dikalangan Profesor yang memberikan pandangan politik semasa PRU14.

“Tetapi itu semua dibuat atas kapasiti masing-masing.

“Sesungguhnya sejumlah besar Profesor  yang beroperasi di bawah 14 Kluster itu tiada kaitan dengan politik dan mereka sangat ikhlas untuk memberi sumbangan masing-masing secara terancang di bawah skretariat MPN,” ujarnya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir selepas mesyuarat kabinet pertamanya di Putrajaya hari ini, antara lainnya dipetik, berkata, MPN, pada mulanya satu badan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada orang yang berpengetahuan tinggi, tetapi ujar Pengerusi PH itu lagi, akhir-akhir ini, banyak unsur politik sehingga dipergunakan untuk menyokong kerajaan (BN), sebab itu, kata Dr Mahathir  PH tidak mahu ulangi amalan tidak baik dahulu.

Jelas Dr Raduan lagi,  beliau bersedia melihat MPN ini distrukturkan semula jika perlu.

“Sekiranya perlu MPN juga bersedia melihat struktur yang sedia ada kerana apa yang penting ialah negara akan terus mendapat faedah daripada kepakaran akdemik negara,” ujarnya.

Hari ini diumumkan selain MPN turut dibubarkan termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD);Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan; Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP).

4.0
OVERALL SCORE
: 10.0
8 user votes x 3.3
CATEGORIES
TAGS