Malaysia Dateline

MPN PKR Sarawak tolak peletakan jawatan Larry Sng

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak sebulat suara telah menolak peletakan jawatan Larry Sng sebagai Pengerusi PKR di negeri ini.

Ketua Penerangan Majlis Pimpinan PKR Sarawak Abun Sui Anyit berkata, mesyuarat turut menyokong Larry agar meneruskan kepimpinannya sehingga pemilihan PKR akan datang.

Katanya, PKR merupakan sebuah parti yang pelbagai kaum dan mendukung setiap bakat kepimpinan berdasarkan merit keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan budaya serta agama.

“Adalah diharap agar ahli-ahli PKR di seluruh Sarawak bertenang dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada semua kepimpinan parti dari peringkat pucuk pimpinan sampai ke cabang,” tegas beliau dalam satu kenyataan ringkas semalam.

Ujar Abun, pimpinan PKR Sarawak turut menyeru cabang-cabang dan ahli-ahlinya agar terus bersatu dan menumpukan kepada usaha memperjuangkan dan membela nasib rakyat

Pada Isnin lalu, Larry yang juga merupakan Pengerusi PKR Sarawak telah menyatakan hasrat untuk meletakan jawatan dengan alasan hendak memberi laluan kepada pemimpin berkuturunan Dayak.