Malaysia Dateline

MPP PKR bincang usaha kawal harga barangan

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini antara lain membincangkan usaha mengawal kos harga barangan yang menjadi tumpuan rakyat.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya berkata parti itu mengambil maklum tentang keresahan rakyat mengenai kos sara hidup dan perkembangan ekonomi mutakhir ini.

Tambahan pula katanya, kemiskinan dan kesenjangan pendapatan yang melebar menjadi punca kegelisahan begitu ramai rakyat Malaysia terutama masyarakat desa dan miskin bandar.

“Oleh itu, pimpinan telah membincangkan usaha-usaha mengawal kos harga barang serta meneliti beberapa kertas kerja yang bermatlamat mereformasi program bantuan sosial di Malaysia agar lebih memanfaatkan golongan yang paling memerlukan.

“PRK komited untuk terus memberi tumpuan kepada kebajikan dan kehidupan rakyat sebagai asas perjuangan,” ujarnya dalam kenyataan malam tadi.