Malaysia Dateline

Menu di kedai makan style kampung juga menarik program makanan TV3

MPSB benarkan operasi hingga 2 pagi

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membenarkan restoran, kompleks makanan dan kedai serbanika beroperasi sehingga jam 2 pagi mulai 14 September 2020.

Begitu juga dengan pasar malam, pasar pagi, uptown, perayaan agama juga turut dibenarkan untuk menjamu selera (dine in).

Demikian dinyatakan oleh Datuk Bandar MBSP, Datuk Sr Rozali Mohamad (gambar).

Jelas beliau, walau bagaimana pun kebenaran tersebut tertakluk kepada prosidur SOP yang teladitetapkan seperti pemakaian pelitup muka (face mask) kecuali semasa menjamu selera.

“Bagi prosidur yang lain seperti merekodkan nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera serta melaksanakan pemeriksaan suhu bagi memastikan suhu pembeli atau pengunjung tidak melebihi 37.5 darjah selsius.

“Selain itu, kawasan operasi perniagaan maupun perayaan hendaklah dipagar atau dikepung dan melaksanakan penjarakan sosial dengan jarak satu meter antara satu sama lain.

“Manakala pembeli yang berbaris hendaklah mematuhi penjarakan sosial satu meter antara satu sama lain,” jelasnya.

Ia juga berkata hidangan secara buffer turut dibenarkan serta pelanggan tidak dibenarkan untuk mengambil makanan sendiri.

Tambah Rozali meja pula harus dijarakkan dua meter dengan meja yang lain.