Mr Os meninggal dunia

Mr Os meninggal dunia

Pelawak terkenal, Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia di hospital sebentar tadi setelah lama menghidapi barah.

Berita kematian Allahyarham diumumkan anaknya Husna menerusi facebook dan dikongsi para netizen.

“… abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr. Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak,” status Facebook Husna dipetik.

Ujar Husna, jenazah bapanya akan dibawa pulang ke Gombak bagi disempurnakan.

Di penghujung hayatnya, Mohd Yusof kerap dijemput ke majlis-majlis anjuran Pas sebagai penceramah undangan.

Allahyarham bagaimanapun menafikan menyertai parti itu dan menganggap kehadirannya di majlis-majlis tersebut bagi memenuhi jemputan.

TAGS