MRSM akan dibina di Bintulu dan Lawas

MRSM akan dibina di Bintulu dan Lawas

Dua lagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal dibina iaitu masing-masingnya di Bintulu dan Lawas.

Pengarah MARA Negeri Sarawak, Dr. Azmi Amat Mujan berkata, rancangan pembinaan dua maktab tersebut adalah terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menurut beliau, untuk ke arah itu, pihaknya akan bekerjasama dengan Petronas bagi memastikan pelaksanaan pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Katanya, dengan permintaan yang sangat tinggi untuk anak-anak menuntut di MRSM, maka dua lagi pembinaan MRSM telah diluluskan iaitu MRSM Bintulu dan MRSM Lawas pada RMK -11.

“Ketika ini Sarawak hanya mempunyai MRSM Mukah, Kuching dan Betong.

“Justeru, sejak MRSM ditubuhkan, ia telah memberikan kemudahan serta suasana kondusif untuk pelajar terutamanya daripada kawasan luar bandar,” jelas beliau.

Dr. Azmi menambah, dengan terbinanya dua lagi maktab berkenaan nanti, bakal memberi peluang kepada pelajar -pelajar dari sekitar Bintulu dan Lawas untuk menimba ilmu di MRSM.

“Sehubungan itu, elajar-pelajar yang memilih untuk menuntut di MRSM tidak perlu berjauhan dengan keluarga dengan terbinanya dua maktab itu kelak,” ujarnya.