MTUC bantah pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh

MTUC bantah pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menghantar surat protes dan bantahan kepada Menteri Sumber Manusia di Putrajaya pada 18 Februari ini berhubung cadangan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Setiausaha Agung MTUC N Gopal KrishnamKongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menghantar surat protes dan bantahan kepada Menteri Sumber Manusia di Putrajaya pada 18 Februari ini berhubung cadangan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

Setiausaha Agung MTUC N Gopal Krishnam berkata, MTUC tidak membantah pengambilan pekerja asing tetapi mahu kerajaan meneliti dan melakukan analisis mendalam terhadap keperluan pekerja asing di negara ini.

“Semua pemimpin kesatuan gabungan bersama ahli-ahli kesatuan diminta hadir ke protes ini bagi menunjukkan kekuatan dan keutuhan MTUC,” kata beliau dalam surat bertarikh 12 Februari.

N Gopal juga berkata, Malaysia sudah dilambakkan dengan pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah.

“Malah dengan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh baru ini boleh memberi kesan mudarat kepada pekerja-pekerja tempatan dan ekonomi negara,” tegasnya.

Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh menerusi perjanjian Malaysia-Bangladesh yang baru ditandatangani dan berkuat kuasa pada bulan ini.

TAGS