Malaysia Dateline

Mu kata, aku kata

Tun Dr Mahathir Mohamad

Mu kata jika Tun PM, negara rosak
Aku kata la ni pun dah sedia rosak
Ekonomi haprak, rakyat sesak

Mu kata jika Tun PM, reformasi terkubur
Aku kata hujahmu yang berterabur
Jika puak mu yang jadi PM, lagi lebur
Ibarat nasi akan jadi bubur

Mu kata Tun M yang hancurkan negara
Aku kata, ya lah dulu bila salah, takda yang bicara
Semua kaki ampu di sini sana
Sebab tu Tun rasa dia macam maharaja
Kini dah lain suasana
Ramai dalam PH yang akan tegur jika tak kena
Agar insya Allah Tun tak alpa dan lena

Mu tak terima Tun tapi boleh rapat dengan yang terpalit skandal kewangan negara
Jenuh puak mu cari dalil untuk sokong kerosakan dengan hujah agama
Mu sedar ke negara ni dah macam nak dilelong pada negara China
Dari China, MO1 buru pula polis dunia
Amerika pun terkejut MO1 nak bantu ekonomi dia

Tapi, itu semuanya tipu daya je
Hakikatnya, nak dapat syafaat daripada Trump tapi tak terlaksana
Walaupun Amerika tukar Presiden dan Peguam Negara
Saman DoJ buru sikleptokrat tetap bergema
Macam mana MO1 dan sekutunya tak naik bulu roma!