Malaysia Dateline

MUDA perlu tegas kekal condong pada PH

Pakatan Harapan (PH) perlu muhasabah kembali adakah perjuangan PH kali ini mampu meraih semula keyakinan majoriti rakyat menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 yang akan datang.

Malah, mungkin kita boleh bergembira dengan permasalahan musuh, tetapi tindakan tidak menambah rakan yang sealiran seakan-akan memberi kerugian kepada koalisi oposisi.

“Menjelangnya pesta mengundi akan datang sudah pasti parti baru seperti MUDA dan Pejuang akan mencari ‘rumah’ yang menepati selera prinsip mereka.Begitu juga dengan hasrat MUDA untuk bersama di bawah payung PH perlu disambut dengan jiwa yang merdeka.

“Walau bagaimana pun, MUDA perlu tegas agar senantiasa condong kepada gabungan PH dan bukannya kepada gabungan yang lain. Manakala Pejuang walaupun bersama GTA mereka turut menentang Umno dan BN dari terus menerajui kepimpinan negara.

“Sejarah pilihan raya negeri Johor yang lalu harus menjadi iktibar kepada PH setelah kerjasama tidak rasmi dengan MUDA pada awalnya dilihat cantik dan tersusun. Sebaliknya ekoran prejudis satu sama lain telah merugikan banyak pihak,” ujar Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Kepala Batas, Muhammad Abrar Sadiq Azizi ketika dihubungi.

Kata Abrar lagi, MUDA harus lebih jelas pilihan mengenai kerusi dan calon kerana ia turut melibatkan komponen yang lain dalam PH. Namun begitu PH senantiasa bersedia secara terbuka untuk memenangi sebanyak mungkin undi orang muda.

Tambah Abrar lagi, AMANAH di Parlimen Kepala Batas pula sudah lama memulakan jalinan kerjasama bersama pimpinan MUDA negeri dan memberi komitmen dalam beberapa program yang dianjurkan.

Sifat ini juga kata Abrar, amat jelas kerana perjuangan MUDA turut sama dalam menolak sikap bobrok kuasa Umno dan BN dan jangkaan limpahan undi orang muda bakal terpalit sama ke parti komponen PH yang lain diharapkan bukan omongan kosong semata-mata.

Baca juga: Banjir dahsyat landa Pakistan-Wanita muslim terancam kerana ketiadaan tandas

Baca juga: Haramkan iklan daging di tempat awam, bandar Haarlem jadi tumpuan