Malaysia Dateline

PRN Johor: Muda umum calon di tiga kerusi

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengumumkan calon-calonnya di tiga kerusi DUN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tiga kerusi itu ialah N05 Tenang, N07 Bukit Kepong dan N50 Bukit Permai.

Pengumuman itu akan disiar secara langsung menerusi Facebook Parti MUDA sebentar lagi.

Sebelum ini, AMANAH dan DAP bersetuju menyerahkan enam kerusi DUN kepada Muda.

Walau bagaimanapun, rundingan kerjasama politik antara Muda dan PKR gagal mencapai kata sepakat apabila parti diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mengumumkan calon di kesemua 20 kerusi DUN.

LANJUT MENYUSUL

PRN Johor DUN Parti Muda Syed Saddiq Tenang Bukit Kepong Bukit Permai