Mudah sangat nak cuci brokoli tak perlu ‘wax’ terus hilang asalkan guna tips ini

Oleh NASUHA RAHMAN

Brokoli adalah sejenis sayur-sayuran yang berasal dari keluarga Brassicaceae dan kaya dengan kandungan antioksida.

Dikenali dengan nama saintifik, Brassica oleracea, sayuran ini memiliki kaitan dengan sayuran lain seperi kobis, kangkung, kobis bunga dan sebagainya.

Menurut Healthline, sayuran unik ‘berambut afro’ ini memiliki banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan mata, kesihatan jantung serta pencegahan penyakit.

Hal ini disebabkan, brokoli memiliki kandungan nutrien yang tinggi, termasuklah serat, vitamin C, vitamin K, zat besi dan kalium.

Mekanisme perlindungan ini turut dijadikan inspirasi kepada pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menghalang tanamannya daripada cepat rosak.

Mereka akan meletakkan lilin pada permukaan produk sebelum menjualnya kepada peruncit-peruncit di luar sana.

Kaedah perlilinan ini merupakan salah satu kaedah terbaik untuk memanjangkan jangka hayat sayuran. Pada masa yang sama, kaedah ini tidak memakan kos yang banyak serta mengubah rasa dan tekstur produk.

Sungguhpun begitu, lilin pada sayuran ini amat sukar untuk ditanggalkan. Lagi-lagi, jika sayuran tersebut tidak memiliki bahagian daun ataupun bentuknya agak sukar untuk dibasuh.

Bahagian ‘afro’ pada brokoli amat sukar dibasuh kerana ia bersifat rapuh dan boleh terurai apabila dikenakan tekanan yang agak tinggi.

Oleh sebab itu, sayuran ini jarang disajikan kerana proses cuciannya memakan masa yang agak lama.

Wanita ini kongsi helah untuk hilangkan bahagian ‘waterproof’ pada brokoli semasa cuci sayuran itu.

Seorang pengguna TikTok, Madam Lim (@madam_lim_) berkongsi cara cucian betul untuk membuang bahagian ‘waterproof’ pada sayuran brokoli.

Pertama sekali, sediakan satu mangkuk yang memiliki saiz lebih besar daripada brokoli yang ingi dicuci nanti.

Letakkan air di dalam mangkuk tersebut serta memasukkan beberapa bahan seperti tepung gandum dan garam. Gaulkan sehingga sebati.

Seterusnya, masukkan brokoli ke dalam larutan air yang dikacau sebentar tadi dan biarkannya selama lima minit.

Selepas lima minit, keluarkan brokoli daripada rendaman air tepung dan garam tadi. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih. Anda dapat lihat air tersebut mampu melalui celah-celah ‘rambut afro’ brokoli dan tidak lagi bersifat kali air.

Untuk memahami dengan lebih mendalam, anda boleh menonton perkongsian Madam Lim di bawah.

Baca juga: Jijik! Peniaga ini buat tak tahu lalat dah ‘berkampung’ atas daging sup