Malaysia Dateline

Mufti beri teguran keras, trend jadikan kipas sebagai makmum boleh dianggap murtad

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor tampil memberi teguran keras kepada golongan remaja yang cuba mengikuti trend menunaikan solat fardhu tetapi dimakmumkan oleh kipas.

Beliau berkata perbuatan mereka itu jelas menunjukkan sengaja mempersendakan dan tidak menghormati agama Islam, selain menunjukkan mereka jahil tentang agama.

Sebelum ini tular di aplikasi TikTok memaparkan tindakan remaja berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam. Mereka juga berlakon bersalaman dengan imam atau makmum selepas selesai menunaikan solat

“Pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya, saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan.

“Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata sebenarnya perbuatan itu juga satu penghinaan terhadap agama dan mempersendakan Islam yang jelas berdosa besar serta boleh merosakkan akidah seseorang.

Wan Salim berkata jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

“Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim,” katanya.

Baca juga: Restoran di Singapura pikat rakyat Malaysia dengan tawaran gaji RM11,000 untuk basuh pinggan

Baca juga: Impian nak jadi haiwan tercapai, habiskan RM690,000 untuk kostum anjing ultra-realistik