Mufti diminta beri pandangan tentang kecurian wang 1MDB

Mufti diminta beri pandangan tentang kecurian wang 1MDB

Ketiadaan suara para mufti ekoran tindakan terhadap 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika dipersoalkan oleh ramai rakyat negara ini kerana mereka selama ini sangat vokal dengan isu lain.

“Mana mufti Malaysia yang seramai 15 orang dalam kes Najib? Jenayah Najib, bini Najib dan anak tiri Najib bukan rahsia lagi. Jika dunia sudah tahu, takkan para mufti kita belum tahu?” tulis Zolkarnain Abidin, mantan Adun Pas di Santan, Perlis dalam satu status facebooknya.

Menurut beliau, sebelum ini ketika Lim Guan Eng terlibat mereka bingkas bangun mendesak dia macam-macam.

“Kamu cungkil pelbagai istilah agama untuk mengaitkannya dengan keburukan dan kejahatan. Tapi apabila Najib buat masalah, mulut kamu termangga, bisu, kelu, macam kerbau tercekik jerami kering,” tulis beliau.

Beliau kesal kerana, jika apa-apa kesalahan yang melibatkan rakyat biasa, mufti bangkit segera dengan keluarkan dalil al-Quran dan hadith.

“Tapi apabila melibatkan penguasa kemana perginya kisah perjuangan sahabat dan ulama yg mufti dendangkan itu?” tulisnya lagi.

TAGS