Malaysia Dateline

Mufti P. Pinang seru masyarakat Cina Muslim tingkat amalan di bulan Ramadan

Masyarakat Cina Muslim Pulau Pinang diseru supaya meningkatkan amalan dan melipatgandakan kebajikan dalam bulan Ramadan.

Demikian saranan yang dibuat oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, ketika majlis Iftar Saudara Kita, anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Pulau Pinang di Georgetown, semalam.

Jelas Wan Salim lagi, peluang untuk bersedekah harus direbut dengan sebaik mungkin dalam bulan ramadan tanpa mengambil kira samada baru atau lama menganut agama Islam.

“Pada bulan yang mulia ini, adalah digalakkan supaya amalan ditingkatkan sama ada solat maupun bersedekah.

“Dengan sedekah yang diberikan ia dapat dimanfaatkan bagi golongan yang memerlukan yang terdiri dari umat Islam maupun bukan Islam.

“Ilmu tentang agama Islam dan hukum-hukumnya perlu ditambah dan dipelajari agar konsep Rahmatan Lil Alamin dapat difahami secara keseluruhannya,” ujar beliau lagi.

Dalam majlis terebut juga sumbangan turut diberikan kepada golongan asnaf yang terdiri dari masyarakat Cina Muslim bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan berupakan barang keperluan harian yang disumbangkan oleh Petron Malaysia serta wang zakat yang disumbangkan oleh Yayasan YARA.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Malik Abul Kassim serta Pengerusi Macma Pulau Pinang, Muhammad Faiz Ghan Abdullah.