Rohingya: Mufti Perlis kesal tidak banyak negara simpati

Rohingya: Mufti Perlis kesal tidak banyak negara simpati

Masyarakat antarabangsa wajar menunjukkan rasa simpati terhadap nasib umat Islam Rohingya yang dizalimi regim Myanmar dengan memberi bantuan kemanusiaan sewajarnya, kata Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata masih banyak negara yang sepatutnya menunjukkan simpati tidak berbuat demikian tetapi cepat menuduh umat Islam sebagai pengganas khususnya media antarabangsa.

Dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi, katanya beliau melihat sendiri penderitaan etnik Rohingya semasa mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melawat kem pelarian Cox\’s Bazar, Bangladesh baru-baru ini.

Beliau berkata hampir setengah juta umat Islam Rohingya di Myanmar sedang menderita akibat dizalimi tentera dan penganut Buddha Myanmar.

Saya sempat menemui dua orang kanak-kanak adik beradik berumur tujuh dan lapan tahun di kem tersebut dan mereka menceritakan mereka melihat sendiri ibu bapa mereka dibunuh dengan kejam oleh tentera dan penganut Buddha.

Kami terpaksa mengikut kumpulan manusia tidak dikenali berjalan kaki mengharungi sungai dan melintasi sawah padi yang luas untuk sampai di kem pelarian Cox’s Bazar, cerita kanak-kanak itu kepada saya, kata Mohd Asri.

Beliau memuji kerajaan Bangladesh yang walaupun miskin dan ditambah dengan rakyatnya seramai 160 juta, namun masih sanggup menerima pelarian Rohingya.

Setakat ini Malaysia dan Turki yang banyak membantu pelarian Rohingya, katanya dan menambah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) seharusnya bersikap lebih adil dengan membela masyarakat Islam yang ditindas.

CATEGORIES