Malaysia Dateline

Mufti Perlis hargai langkah ijtihad Mujahid dalam dakwah

Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd ASri Zainul Abidin hari ini memuji pendekatan yang dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Muhjahid Yusuf Rawa dalam menyebarluaskan dakwah dalam pendekatan yang berbeza.

Dr Asri atau mesra dipanggil Dr Maza berkata, dengan pendekatan daripada  ‘konfrantasi’ kepada ‘pertemuan’ walaupun ia dilihat berlaku perbezaan  pandangan oleh sebahagian masyarakat dan pemimpin politik, adalah ijtihad dakwa di zaman ini.

“Saya percaya niat baik YB Datuk Dr Mujahid dalam melakukan pendekatan dakwah yang berbeza. Dari konfrontasi kepada ‘engagement’.

“Kita mungkin berbeza pendapat tentang beberapa pendetilan.

“Saya juga ada berbeza pendapat dengan beliau. Namun saya hargai langkah ijtihad beliau dalam dakwah di era ini.

“Kita boleh berbeza dan berikan pandangan yang membina. Bukan asyik mencerca,” ujarnya dalam kenyataan di facebooknya hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual,Transesksual (LGBT) di negara ini susulan pertemuan yang diatur oleh Jabatan Perdana Menteri dengan wakil pejuang transgender Nisha Ayub yang menimbulkan perdebatan banyak pihak.

Ini kerana ramai yang membidas tinggakan menteri agama itu yang membuka ruang pertemuan dengan golongan tersebut.

Sebelum itu dalam pendekatan dakwah ini juga Dr Mujahid turut pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr Ramasamy yang turut dihadiri Dr Maza dalam menangani  dakwaan pembabitan Ramasamy dalam gerakan Harimau Pembebasan Tamil Ealem (LTTE) pada Julai lalu.

Menurut Dr Maza lagi, terdapat kelompok tertentu dalam masyarakat yang selama ini ujarnya, yang sering memaki hamun dan mencerca berbanding menyampaikan dakwah.

“Sementara kelompok tertentu di negara ini aktiviti mereka sejak sekian lama asyik maki hamun, mencarut dan mencerca orang lain, apakah itu dakwah yang mencari keredhaan Allah?

“Sibuk tentang pendekatan orang lain, bagaimana dengan pendekatan kita dan apa yang cuba kita buat?

“Sejak sekian lama mengkafir, mencarut, memaki, mencerca, apakah telah bertambah kekuatan kepada umat ini?,” ujarnya.

Semalam Dr Maza dalam kenyataannya juga memberikan solusi kepada golongan transgender ini apabila beliau dihujani pertanyaan  apakah perlu transgender mengunakan tandas awam.