Mufti Perlis tegur menteri kabinet buat ‘pusingan u’ tidak berkualiti

Mufti Perlis tegur menteri kabinet buat ‘pusingan u’ tidak berkualiti

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur kepimpinan menteri kabinet dakwanya tidak berkualiti ketika memberikan kenyataan berkaitan dengan dasar yang akan dibentuk atau diubah oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam status facebooknya dipetik berkata:”Apabila ada menteri yang membuat kenyataan berbentuk arahan kemudian menyatakan itu hanya cadangan, maka kita tahu ada masalah ‘kualiti’ di situ.

“Era baharu mengharapkan ‘aras kualiti yang lebih tinggi’. Kerajaan baharu kena ada ketegasan dalam mencorakkan perubahan ke arah kualiti menteri yang lebih baik,” ujarnya.

Status yang dimuat naik pada Sabtu itu mendapat kesukaan 6.5k dengan 632 perkongsian dan respon daripada netizen yang turut menyokong teguran Dr Mohs Asri.

Adam Saleh berkata:” Kalau Dr keliru, rakyat bawahan lagi keliru dengan PH…sekejap nak buat,sekejap cancel, sekejap manifesto jalan, sekejap tangguh,sekejap beri bantuan kepada nelayan, sekejap tidak,sekejap cakap hutang negara 1trilion,sekejap bukan…belum sentuh pasal Agama islam lagi.” ujarnya.

Manakala Mohd Nor Nazriq pula berkata:”bukan masalah baru atau dah lama memerintah…masalahnya sekarang,sebelum nak umum apa-apa jenis tindakan,tolong kaji & selidik dulu…bukan umum,janji dulu,lepas tu baru nak selidik…last corner buat u turn,hari-hari buat u turn,letih la bang,” ujarnya.

Tidak kurang juga terdapat komen yang sedikit membina kepada menteri antaranya komentar Sagi Tarius Daughter yang dipetik berkata:” Betul tu…saya yang jahil ni pun perasan pertukaran arahan kepada cadangan…hmmm.Tapi takapa dia mungkin nak cuba test uji dulu kot sebab baru lagi tu…insya Allah mungkin tak semua menteri peka akan keadaan sekeliling kot dan mungkn bukan bidang masing-masing jugak..ada shock sikit..pelan-pelan laa yer,” ujarnya.

Kenyataan Dr Mohd Asri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran pada Jumaat, yang dilaporkan Bernama dan dipetik media tempatan mengenai pengumuman semua restoran di negara ini akan diminta supaya mengupah tukang masak tempatan sahaja mulai 1 Januari depan.

Setelah menerima kritikan daripada pelbagai pihak terutama beberapa persatuan peniaga bumiputera dan india muslim, Kulasegaran memberitahu The Malaysian Insight pada Sabtu, dipetik berkata, keputusan muktamad mengenai perkara itu masih belum dibuat, ia hanya cadangan kementerian itu.

“Belum ada keputusan lagi. Kita perlu berbincang dengan semua pihak berkepentingan,” kata Kulasegaran.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 8.0