Mufti WP ziarah Hanipa di HPj

Mufti WP ziarah Hanipa di HPj

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sempat menziarahi Mohamad Hanipa Maidin yang dimasukan ke hospital Putrajaya,hari ini.

Timbalan Menteri (undang–undang) di Jabatan Perdana Menteri itu rebah di pentas ketika menghadiri perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Dr Zulkefli memuat naik beberapa keping foto di laman sosialnya dan bersa syukur kerana melihat Hanipa berada dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, pada pagi yang mulia ini sempat menziarahi YB Hanipa Maidin, Timbalan Menteri di JPM.

“Nampaknya Yb sihat. Kita doakan semoga Yb terus sihat untuk melaksanakan tugas,” ujarnya.

Semalam dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh  Unit Perhubungan Awam Hospital Putrajaya (HPj) Mohamad Hanipa berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemerhatian pihak HPj selamaa 24 jam.

Ketika kejadian dilaporkan hadirin terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan mengalih badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Pasukan paramedik kemudian bergegas memberikan rawatan sebelum mengusung dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.

BacaHanipa pengsan di perhimpunan JPM

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS