Mugabe meninggal dunia

Mugabe meninggal dunia
Robert Mugabe

Bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meninggal dunia hari ini pada usia 95 tahun, lapor BBC memetik sumber keluarganya.

Pemimpin pertama pasca kemerdekaan itu dilaporkan meninggal dunia selepas beberapa tahun berada dalam keadaan uzur.

Mugabe yang berkuasa selama 30 tahun disingkirkan dari pentadbiran dalam satu rampasan kuasa oleh pihak tentera pada November 2017.