Muhammad Ali Hashim meninggal dunia

Muhammad Ali Hashim meninggal dunia

Tokoh korporat Melayu, Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara kerana kanser sebentar tadi.

Muhammad Ali adalah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) selama 28 tahun.

Jenazah beliau akan disembahyangkan ke Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr. Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Isyak.