Muhammad Bakhtiar, Mujahid, Marzuki dilantik Tim Pengerusi PH Pulau Pinang

Muhammad Bakhtiar, Mujahid, Marzuki  dilantik Tim Pengerusi  PH Pulau Pinang
(dari kiri) Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Datuk Marzuki Yahya.

Majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang melantik Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi PH negeri tersebut dalam satu mesyuarat yang telah diadakan baru-baru ini.

Demikian dinyatakan oleh Setiausahanya, Senator Lim Hui Ying dalam satu kenyataan.

Chow Kon Yeow

Manakala itu Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang mewakili PKR telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi 1 dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi II mewakili AMANAH.

Sementara itu Senator Datuk Marzuki Yahya pula turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi III mewakili Bersatu Negeri Pulau Pinang.

Selain itu Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin juga dilantik sebagai Bendahari PH mewakili PKR,

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri II, P.Ramasamy serta Zairil Khir Johari yang mewakili DAP.

Ong Khan Lee dan Zulkiefly Saad yang mewakili PKR serta Mohd Rizal Akhir, Aida Yusof, Mohd Saifullah Abd Nasir yang juga merupakan Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang serta Zahar Zainul turut dilantik mewakili AMANAH.

DAP turut menyenaraikan Jagdeep Singh Deo yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai ahli jawatankuasa PH kali ini.

Turut dilantik bagi mewakili Bersatu ialah Azahari Aris, Azlina Mehtab Mohd Ishaq, Fakhruz Zaman Ahmad serta Mohamad Kamal Fairos Mohamad Ibrahim.

Dalam kenyataan tersebut semalam, Lim Hui Ying juga menyatakan dengan penubuhan Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang secara rasmi akan menjadi sebuah jawatankuasa induk bagi PH Pulau Pinang untuk memantapkan lagi gerak kerja serta koordinasi antara komponen