Malaysia Dateline

Muhammad Bilal nama putera sulung Neelofa

Pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, telah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang juga bayi lelaki pada 29 Januari lalu, pada jam 3.44 petang.

Suaminya yang juga seorang pendakwah bebas, Haris Ismail, 26, memaklumkan Neelofa dan anak mereka kini berada dalam keadaan baik.

Haris dan Neelofa juga sepakat untuk menamakan anak mereka Muhammad Bilal Muhammad Haris yang membawa maksud Yang terpuji, dirahmati, dan titisan embun.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.