Muhyiddin akan daftar parti baru hari ini

Muhyiddin akan daftar parti baru hari ini

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan akan mendaftar parti baru hari ini.

Menurut laporan Malaysiakini, parti tersebut dinamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan akan dipanggil nama Bersatu.

Jemputan yang diviralkan kepada media menyebut Muhyiddin akan menyerahkan sendiri borang permohonan parti berkenaan di pejabat pendaftar pertubuhan Putrajaya petang ini.

Sekiranya parti ini berjaya didaftarkan, ia akan menjadi satu lagi parti pecahan Umno dan dijangka akan disertai bekas-bekas ahli Umno.

Dalam percubaan mengemukakan borang pendaftaran parti minggu lepas, Muhyiddin diakatakan gagal berbuat demikian kerana beberapa kesilapan teknikal mengisi maklumat.

Parti yang bakal ditubuhkan ini dikatakan hanya terbuka kepada bumiputra dan perkataan pribumi yang digunakan pada nama parti ini mengukuhkan andaian tersebut.