Muhyiddin tidak diam diri, beri ucapan sebelum perhimpunan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Setelah disekat daripada berucap merasmikan mesyuarat bagi pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau seakan tidak akan berdiam diri dengan tekanan Majlis Tertinggi (MT) parti tetapi akan bangkit melawan.

Muhyiddin dijangka akan menyampaikan ucapan khas di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 7 Disember ini, sehari sebelum perhimpunan bermula iaitu pada 8 Disember.

Sumber dalaman Umno memberitahu Malaysia Dateline hari ini, ucapan Muhyiddin di lokasi yang menyaksikan sejarah penubuhan Umno pada tahun 1946 itu dijadualkan akan berlangsung pada jam 8.30 malam.

Pertemuan Muhyiddin sehari sebelum Perhimpunan Agung Umno itu difahamkan boleh dihadiri orang awam sebagai tanda sokongan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat MT parti itu di bangunan Parlimen, 23 November lalu.

Banyak pihak melihat ketidakhadiran Muhyiddin menggambarkan krisis antara Ahli Parlimen Pagoh itu dengan Najib selepas penyingkirannya daripada barisan Kabinet pada 28 Julai lalu tidak dapat dibendung lagi.

TAGS