Muhyiddin isytihar Johor barisan hadapan PH tumbangkan BN

Muhyiddin isytihar Johor barisan hadapan PH tumbangkan BN

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan negeri itu sebagai “negeri barisan hadapan” PH bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau optimis BN akan tumbang di seluruh negara jika Johor berjaya menewaskannya memandangkan negeri itu sebelum ini terkenal sebagai kubu kuat Umno-BN.

“Johor barisan hadapan PH seluruh negara. Jika Johor tumbang, Barisan Nasional pasti tumbang untuk kita ambil alih Putrajaya,” katanya di pelancaran PH Johor di Dataran Taman Dahlia, Tampoi malam tadi.

Bekas Menteri Besar Johor itu juga berkata BN gugup melihat kebangkitan PH di Johor kerana mereka sedar negeri itu bukan lagi kubu kuat Umno.

“Kepada ahli-ahli Umno yang berada di belakang sana, saya alu-alukan kedatangan saudara-saudari. Di pentas ini kita ada salah seorang penyokong setia Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pada 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir, kita diiktraf sebagai antara negara paling membangun di rantau ini,” katanya.

Justeru beliau menyeru rakyat Johor supaya bersatu dan bekerjasama dengan PH bagi menumbangkan kerajaan negeri pimpinan BN itu.

“Kita mengharapkan kubu Umno di Johor tumbang supaya kita boleh memerintah,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu menambah gabungan pembangkang sedang menembusi masyarakat luar bandar dan golongan tani seperti penempatan Felda.

 

5.5
OVERALL SCORE
: 1.0
1 user vote x 10.0