Muhyiddin KDN, Mohamad Sabu Pertahanan, Guan Eng Kewangan

Dr Mahathir umumkan tiga menteri kabinetnya yang pertama.

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan tiga menteri kanannya iaitu Presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yassin, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Mohamad Sabu Menteri Pertahanan manakala Lim Guan Eng Menteri Kewangan.

Dr Mahathir juga mengumumkan pelantikan majlis penasihat kerajaan.

Mereka ialah Tun Daim Zainuddin (bekas menteri kewangan), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara), Tan Sri Mohd Hassan Marican (bekas presiden Petronas) Robert Kuok (ahli perniagaan) dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi).

Kata Dr Mahathir nama tujuh lagi menteri untuk melengkapkan jumlah 10 kementerian awal kerajaan baru ini akan diumumkan esok.

Difahamkan, selain 10 menteri asas ini, akan dilantik 15 lagi menteri.

 

6.8
OVERALL SCORE
3 user votes x 9.0