Malaysia Dateline

Muhyiddin lantik Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung parti tersebut.

Muhyiddin berkata, segala tugas Setiausaha Agung seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Bersatu hendaklah dijalankan oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Pelantikan Hamzah Zainuddin adalah bagi menggantikan Senator Datuk Wira Marzuki Yahya yang telah diberhentikan daripada jawatan itu berkuatkuasa 18 Mei lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Senator Datuk Wira Marzuki Yahya atas khidmat beliau sebagai Setiausaha Agung.

“Saya juga mengucapkan selamat bertugas kepada Dato’ Seri Hamzah Zainuddin,” maklum beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Hamzah merupakan Ahli Parlimen Larut yang keluar dari Umno dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum menyertai Bersatu.