Muhyiddin masih di hospital, semakin beransur pulih selepas dua minggu berehat

Muhyiddin masih di hospital, semakin beransur pulih selepas dua minggu berehat

Tahap kesihatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin beransur pulih kata Setiausaha Akhbarnya Hafiz Abdul Halim.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, Pejabat Menteri Dalam Negeri menerima banyak pertanyaan mengenai tahap kesihatan Ahli Parlimen Pagoh yang kini berehat selama 1 bulan selepas menjalani pembedahan.

Jawatannya kini dipanggku Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Syukur Alhamdulillah, kami ingin memaklumkan bahawa tahap kesihatan YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin amat baik dan semakin pulih.

“Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus diberikan kepada beliau,” ujarnya kenyataan  petang ini.

Pada 12 Julai lalu, Muhyiddin menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas di sebuah hospital swasta yang dirahsiakan lokasinya atas permintaan Muhyiddin dan keluarganya.

Hari ini dua keping gambarnya berada di dalam ward bersama empat cucunya dan sedang menikmati hidangan petang  dimuat naik di laman facebooknya.

Ramai netizen yang memberikan sokongan dan mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan boleh kembali bertugas.

Muhyiddin bergurau bersama cucu-cunya yang hadir menziarahinya di hospital.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS