Muhyiddin masih ‘pertimbang’ duit peruntukan pembangkang, sekali netizen ‘petik’ pasal tutup kabinet

Oleh MAISARAH AISYA

Sehingga kini masih belum ada jawapan pasti untuk peruntukan Ahli Parlimen pembangkang.

Hal ini adalah disebabkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum membuat keputusan.

Menurut Free Malaysia Today (FMT), Muhyiddin hanya setuju ‘mempertimbangkan’ peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, belum bersetuju sepenuhnya.

Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan bahawa mereka tidak mengetahui syarat terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka untuk rundingan seterusnya.

Jawapan tersebut diberikan selepas diminta mengulas pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof

“Setuju nak mempertimbang, belum setuju lagi. Ada MoU, apa isinya pun kita tak tahu,” kata bekas perdana menteri itu kepada FMT.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya akan meneliti terlebih dahulu syarat dalam draf MoU sebelum membuat sebarang keputusan.

“PN menyambut baik keputusan dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

Isu pertimbangan itu meraih banyak komen daripada netizen yang memerli sikapnya semasa menjadi perdana menteri.

“Mestiah kena berunding dengan kabinet baru boleh buat keputusan. Tak mungkin kau suruh bagi dia bagi macam tu sahaja.

“Sign je. Mesti ada timbal balik. Takkan nak percuma je. Masa dia perintah dia tutup parlimen. Lagi teruk.

“Zaman kau dulu ada ke bagi dekat pembangkang, sembang tengok cerminlah,” antara komen netizen.

Baca juga: “Hafiz bukan fighter, apatah lagi gangster”, rakan terkejut suspek kes tembak KLIA 1 berubah sekelip mata