Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Muhyiddin, Muafakat Nasional, Azmin  bertemu Agong, mahu selamatkan situasi politik semasa

Muhyiddin, Muafakat Nasional, Azmin bertemu Agong, mahu selamatkan situasi politik semasa

BernamaFebruary 29, 2020 12:04 pm




Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

“Tujuan kami adalah untuk berusaha sebaik mungkin bagi menyelamatkan apa yang sedang dihadapi (situasi politik) di negara ini,” katanya kepada pemberita sebelum bertolak ke Istana Negara dari kediamannya di Bukit Damansara di sini pada pukul 10 pagi.

Beberapa ahli politik dan presiden parti turut bersama Muhyiddin antaranya Presiden PasDatuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi, Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali , Setiausaha Agong Umno Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agong Pas Datuk Takiyuddin Hasan.

“Tujuan kita adalah ikhlas dan kita minta seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan usaha yang kita buat ini akan diberikan sokongan dan doa untuk berjaya, saya harap mudah-mudahan akan dikabulkan oleh Allah, ” tambahnya.

Muhyiddin bersama beberapa pimpinan parti Muafakat Nasional dilihat tiba pada pukul 10.03 pagi di Pintu 2, sebelum meninggalkan kawasan Istana Negara melalui pintu sama kira-kira 40 minit kemudian.

Kenderaan yang dinaiki Ahli Parlimen Pagoh itu turut diiringi kira-kira 19 buah kenderaan, yang dipercayai membawa para pimpinan parti Muafakat Nasional lain.

Semalam kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) (42 orang), Pas (18 orang), dan Bersatu (36 orang) didakwa telah menamakan Muhyiddin untuk menjadi calon bagi menjawat jawatan pemimpin nombor satu negara itu berikutan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai perdana menteri Isnin lepas.

Bagaimanapun episod terbaharu perkembangan politik negara pagi ini menyaksikan Dr Mahathir menyatakan kesediaan menjadi calon perdana menteri hasil mesyuarat dengan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH), awal pagi tadi.

Beliau juga menjelaskan tidak pernah mencalonkan mana-mana calon lain bagi jawatan itu.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production