Muhyiddin mulakan tugas Ahli Parlimen hari ini

Muhyiddin mulakan tugas Ahli Parlimen hari ini

Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini dihadapan Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau yang baharu pulih daripada menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas di Hospital Mount Elizaberth, Singapura dibenarkan keluar pada 6 Ogos lalu.

Beliau berehat selama sebulan dan tugasnya sebagai menteri dalam negeri dipangku Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau tidak menyertai ahli parlimen lain ketika bermulanya sidang dewan rakyat Penggal Pertama Parlimen ke 14 pada Julai lalu.

Ketika ini, hanya Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa, yang juga anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, masih belum mengangkat sumpah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai ahli dewan rakyat Parlimen ke-14 di bangunan Parlimen hari ini.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS