Malaysia Dateline

Muhyiddin perlu benarkan Parlimen bersidang

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membenarkan Parlimen bersidang semula kerana beberapa siri darurat negara sebelum ini menyaksikan bahawa Dewan Rakyat tidak pernah digantung atau ditunda.

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, selama 35 tahun bermula pada 1977 sehingga 2012, Parlimen terus menjalankan fungsinya walaupun sebanyak empat pengisytiharan darurat berlaku dalam tempoh tersebut

“Adakah Muhyiddin lupa bahawa semasa beliau menjadi Menteri Kabinet pada 1995 hingga 2015, terdapat empat pengumuman darurat yang berterusan sehingga 2012?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang juga membangkitkan semula tentang ucapan perutusan tahun baharu Muhyiddin yang berikrar akan memperkukuhkan dan mendorong pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Bagaimanapun beliau berkata, sejarah akan memperlihatkan bahawa rancangan lima tahun negara pada akhirnya tidak dapat dikemukakan untuk dibahas di dalam Parlimen.

“Kerajaan menjadi seperti kakistokrasi sehingga buat pertama kalinya dalam sejarah negara, rancangan lima tahun negara tidak dapat dikemukakan di Parlimen untuk dibahaskan walaupun RMK-12 merangkumi tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025