Muhyiddin pertahan Pagoh, tanding Dun Gambir

Muhyiddin pertahan Pagoh, tanding Dun Gambir

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi yang disandangnya di Parlimen Pagoh dan turut dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gambir pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pagoh yang mempunyai dua lagi kerusi Negeri mencalonkan Dr Shahrudin Jamal di Bukit Kepong dan Pizi Jihat di Bukit Pasir.

Turut dicalonkan dikerusi Parlimen ialah Setiausaha Agung Bersatu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh di Sri Gading dan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Muar.

Manakala Dr Maszlee Malik yang baharu menyertai Bersatu pada Mac lalu dicalonkan di kerusi Simpang Renggam dan Ir Nasir Hashim di Mersing.

Pengumumman bagi kerusi Parlimen dan Dun di Negeri Johor disempurnakan oleh Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad di Pagoh malam tadi, dalam siri Jelajah Pakatan Harapan.

Buat pertama kalinya Bersatu akan mempertaruhkan calon-calonnya di 10 kerusi Parlimen dan 18 kerusi Negeri pada PRU14.

Bagi kerusi Parlimen,  mempertaruhkan dua calon wanita, Azlinda Abdul Latif di Kota Tinggi dan Norliza Ngadiman di Penggerang.

Manakala tiga lagi calon wanita bagi kerusi negeri, Norlihan Ariffin di Rahang, Jawahir Hussein di Panti dan Najwa Halimah Abdul Alim di Benut.

Calon-calon lain bagi kerusi Negeri, Norsamsu Mohd Yusuf (Buluh Kasap); Mohd Solihan Badri (Tenang); Mohd Ajib Omar (Sri Medan); Zais Mohd Akil (Semarang); Ferdaus Kayau (Parit Raja); Ahmad Ahem (Machap); Norul Haszarul Abu Samah di Endau.

Manakala Mazlan Bujang (Puteri Wangsa); Datuk Che Zakaria Mohd Salleh (Permas); Mohd Izhar Ahmad (Larkin); Datuk Osman Sapian (Kempas); Tosrin Jarvanthi di Bukit Permai.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS