Malaysia Dateline

Muhyiddin setuju kadar kompaun dinaikkan 3 kali ganda

Kerajaan menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan seperti melanggar SOP.

Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya malam ini berkata kadar kompaun bagi kesalahan yang berkaitan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari kadar sekarang.

“Walaupun begitu perkara ini perlu diperhalusi dan Akta 342itu perli dipinda terlebih dahulu,” katanya.

Beliau turut menekankan tiada siapa dikecualikan daripada peraturan yang telah ditetapkan ini dan mana-mana individu yang melanggar akan dikenakan hukuman setimpal.

Demi mengekang penularan COVID-19, kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Dengan lanjutan PKPP ini tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 masih boleh diambil demi memastikan semua pihak mematuhi SOP kesihatan yang ditetapkan.

Penggunaan pelitup muka satu keperluan kepada rakyat, justeru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang berunding dengan pihak pengilang dan pembekal untuk menurunkan harga pelitup muka menjadi lebih berpatutan.