Muhyiddin turun Sungai Besar, didakwa sokong calon Amanah

Muhyiddin turun Sungai Besar, didakwa sokong calon Amanah

 

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun ke Sungai Besar hari ini dan didakwa berkempen menyokong calon Amanah Ustaz Azhar Datuk Abdul Shukor.

Beliau dilihat bersama Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) bertemu pengundi di Pasar Awam dan Pasar Tani Pasir Panjang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Lawatan beliau itu sekaligus dipercayai melengkapkan sokongan pemimpin utama kumpulan Gerakan Selamatkan Malaysia yang mahu Najib meletak jawatan.

Namun begitu, Malaysiakini pula melaporkan, Muhyidin bukan turun kempen untuk Amanah tetapi hanya berjalan-jalan sahaja.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah turun menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon Amanah, Ustaz Azhar Datuk Abd Shukor.

Muhyidin turun ke pasar di Sungai Besar untuk bertemu pengundi. Kedatangan beliau di saat-saat akhir berkempen untuk Amanah membayangkan peluang untuk parti baru itu menang sangat tinggi.Kedatangan Muhyidin di hari terakhir menjelang pengundian esok memberikan isyarat bahawa peluang Amanah untuk menang adalah tinggi.

“Sebagai veteran kempen pilihan raya, Muhyidin tidak turun berkempen untuk calon yang dia yakin tidak akan menang tambah-tambah di saat-saat akhir macam ini,” kata seorang penganalisis politik.

Ketika berada di dalam kerajaan, Muhyidin sentiasa menjadi pengarah kempen pilihan raya BN sehinggalah beliau dipecat.

Antara tanda-tanda BN akan menang atau tidak dalam sesuatu pilihan raya adalah di mana pemimpin mereka berada.

“Jika pemimpin utama BN berada di kawasan, bermakna BN akan menang,” kata beliau lagi.

Selain Muhyidin, turut berada di Sungai Besar di hari terakhir kempen ini adalah bekas perdana menteri paling lama memerintah, Tun Dr Mahathir Mohamad yang datang sekali lagi ke Sungai Besar.

COMMENTS

Wordpress (0)