Muhyidin akan daftar parti baharu dalam masa terdekat

Muhyidin akan daftar parti baharu dalam masa terdekat

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin akan menyerahkan borang permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mendaftarkan sebuah parti baru dalam masa terdekat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan difacebooknya, Muhyidin berkata, mesyuarat penubuhan parti baru di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi berlangsung dengan sempurna.

“Alhamdulillah. Mesyuarat penubuhan parti baru di kediaman YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi berlangsung dengan sempurna.

“Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baru ini kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat.

“Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan. InsyaAllah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara!” tulis Muhyidin melaluiu facebooknya.

Selain Tun Mahathir, turut kelihatan dalam gambar yang disertakan Muhyidin dalam postingnya itu adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar Kedah.

Turut kelihatan adalah Ainina Saadudin, bekas ahli Umno yang dipecat, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pendebat terbaik Asia dan beberapa yang lain.

 

TAGS