Muhyidin lawat kuil Mariaman, minta semua pihak patuh undang-undang

Muhyidin lawat kuil Mariaman, minta semua pihak patuh undang-undang
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyidin turun sendiri ke kuil Sri Mariamman. Tindakan yang diambil oleh kerajaan dan polis dalam isu ini mendapat pujian pelkbagai pihak.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhidin Yassin hari ini turun sendiri ke kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tempat berlakunya kekecohan baru-baru ini.

Ketibaan beliau dalam keadaan hujan lebat itu diiringi oleh pegawai polis yang bertugas serta juga sebahagian penganut Hindu di kuil berkenaan.

Sebelum ini, beberapa menteri Kabinet yang lain telah turun sendiri ke kuil ini termasuk Datuk Seri Mujahid Yusof, Menteri Hal Ehwal  Agama.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Muhyidin berkata, kekecohan di kuil berkenaan berlaku apabila sekumpulan lelaki Melayu diupah oleh peguam pemaju untuk menghalau penjaga kuil itu berikutan perintah mahkamah.

Ia telah menimbulkan kekecohan dan kecederaan kepada beberapa orang yang terlibat serta pembakaran beberapa buah kenderaan.

Pertempuran sekali lagi berlaku malam berikutnya apabila lebih ramai penganut Hindu turun mempertahankan kuil itu dimana seorang anggota bomba cedera parah.