Malaysia Dateline

Muhyidin sedang berusaha jumpa Tun hari ini, kata sumber

Ekoran keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersama Pakatan Harapan, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yassin dikatakan sedang berusaha untuk bertemu beliau.

Menurut sumber, Muhyidin dijadual akan ke rumah Tun Mahathir petang ini bagi memujuk Perdana Menteri Interim itu agar bersama beliau semula.

“Saya dimaklumkan Tan Sri akan bertemu Tun petang ini,” kata sumber itu.

Tun Mahathir hari ini memaklumkan beliau telah dicalonkan oleh Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataannya pagi ini, turut mengumumkan perkara yang sama adalah Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Kata sepakat itu dicapai dalam satu pertemuan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Haji Mohamad Sabu dan juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Tun Dr Mahathir  yang berlangsung lewat malam tadi.

Dalam pertemuan itu kata sepakat telah dicapai untuk mengekalkan status qou Kerajaan PH sebelum ini tanpa penglibatan pengkhianat kepada PH.